28 Februari 2013

SKPJ Selepas dilanda banjir


Banjir gelombang ketiga yang berlaku pada 27.2.2013  telah menyebabkan SK Pusat Jerteh ditenggelami air sedalam 1.5 meter. Ekoran banjir yang melanda Daerah Besut ini mengakibatkan 15 buah sekolah terpaksa ditutup termasuk SK Pusat Jerteh. Banjir yang berlaku kali ini disifatkan sebagai yang terburuk sejak tahun 2000. Walaupun pada akhir tahun lepas banjir telah melanda sekolah ini tapi tidaklah seteruk banjir gelombang ketiga ini. Semua kelas telah ditenggelami air kecuali kelas yang menempatkan tahun satu dan tahun enam kerana di tempatkan ditingkat paling atas. Kelas yang terjejas teruk adalah kelas JQAF. Bangunan pejabat pentadbiran dan makmal komputer terselamat dan tidak terjejas dengan banjir yang melanda.













Tidak ada komentar: