14 Februari 2017

Solat Hajat & Temu Murni UPSR 2017

SK Pusat Jerteh telah mengadakan solat  hajat dan temu murni bersama ibu bapa pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Perjumpaan ini dimulakan dengan solat hajat dan bacaan yasin di surau PIBG sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk kerjasama yang erat dikalangan guru tahun 6 dengan ibu bapa. Melalui program ini pihak sekolah dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dikalangan para pelajar terutamanya dalam aspek pembelajaran. Segala maklumat berkaitan pencapaian pelajar dapat dibincang secara terus dengan ibu bapa pelajar serta dapat berkongsi pendapat dengan ibu bapa murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.




Tidak ada komentar: