27 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul Meriah


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKPJ disambut meriah dan berwarna-warni. Sambutan yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah" dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Hadhari Jerteh dengan kerjasama SK Pusat Jerteh dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)


       Perarakan yang bermula seawal jam 8.00 pagi  disertai oleh lebih 900 warga SKPJ termasuk pelajar PDKdan diiringi oleh anggota polis dan RELA. Perarakan ini dikepalai oleh kumpulan selawat yang diketuai oleh Tn. Hj. Abd. Razak Mat Ripin.





     Sambutan yang gilang gemilang ini diserikan dengan aktiviti pertandingan perarakan, pertandingan selawat, sajak dan bercerita  serta penyampaian sumbangan wang kepada anak-anak yatim  miskin di sekolah ini. Pertandingan perarakan dan selawat telah dimenangi oleh rumah Hijau. Bagi pertandingan sajak pula  rumah Biru telah muncul sebagai juara dan pertandingan bercerita rumah Merah telah dinobatkan sebagai pemenang  pertama.Majlis ini telah berakhir pada jam 1.00 tengahari.











Tidak ada komentar: