Banjir gelombang ketiga yang berlaku pada 27.2.2013 telah menyebabkan SK Pusat Jerteh ditenggelami air sedalam 1.5 meter. Ekoran banjir yang melanda Daerah Besut ini mengakibatkan 15 buah sekolah terpaksa ditutup termasuk SK Pusat Jerteh. Banjir yang berlaku kali ini disifatkan sebagai yang terburuk sejak tahun 2000. Walaupun pada akhir tahun lepas banjir telah melanda sekolah ini tapi tidaklah seteruk banjir gelombang ketiga ini. Semua kelas telah ditenggelami air kecuali kelas yang menempatkan tahun satu dan tahun enam kerana di tempatkan ditingkat paling atas. Kelas yang terjejas teruk adalah kelas JQAF. Bangunan pejabat pentadbiran dan makmal komputer terselamat dan tidak terjejas dengan banjir yang melanda.




28 Februari 2013
27 Februari 2013
Banjir Gelombang Ke 3 Melanda SKPJ
SK Pusat Jerteh sekali lagi telah dilanda banjir gelombang ke 3 malam tadi. Air yang mula naik sejak pukul 3 pagi tadi telah menengelamkan keseluruhan kawasan sekolah. Pada jam 9.00 pagi air telah naik sedalam lebih 1 meter. Sekolah terpaksa ditutup dan pelajar yang hadir telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing. Banjir gelombang ketiga ini lebih besar jika dibandingkan dengan banjir yang melanda SKPJ pada bulan Disember 2012.
paras air pada jam 4.00 pagi
paras air pada jam 8.00 pagi
paras air pada jam 7.00 petang
paras air pada jam 4.00 pagi
paras air pada jam 4.00 pagi
paras air pada jam 8.00 pagi
paras air pada jam 7.00 petang
24 Februari 2013
Ceramah Motivasi UPSR 2013
Seramai 122 orang calon UPSR 2013 bersama ibu bapa masing-masing telah mengikuti ceramah motivasi yang berlangsung di Dewan A SKPJ. Ceramah yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dikendalikan oleh En. Syamsi b. Shamsuddin Pakar Motivasi dari Intelligent Mission Consultancy. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk membentuk keyakinan diri pelajar dan perkongsian teknik belajar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2013.
23 Februari 2013
Kursus Frog VLE Siri 1 2013
KURSUS PELUASAN FROG VLE DI
BAWAH PROJEK 1BESTARINET, SEKOLAH
KEBANGSAAN PUSAT JERTEH Fasa 1 2013 telah dijalankan pada 23.2.2013.Kursus sehari ini telah berlangsung di Makmal Komputer SKPJ. Seramai 67 orang guru telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini merupakan satu aktiviti
yang perlu diadakan bagi membekalkan para guru dengan ilmu-ilmu dan kemahiran
bagi memudahkan mereka menjalankan peranan guru sebagai fasilitator. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Ahmad Radzi Ab.Rahman (Penyelaras Bestari) dan En. Abd Aziz Hamzah ( Guru ICT ) dengan dibantu oleh En. Aminuddin bin Jamil (Juruteknik) dan Cik Rosila bt Musa ( EIO ).
Larian Kecergasan 2013
Larian Kecergasan Peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis 21.2.2013. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 termasuk prasekolah terlibat dengan larian ini. Rasional larian ini adalah untuk membentuk murid-murid SK Pusat Jerteh menjadi warga sekolah yang aktif dalam semua bidang dan mempunyai daya juang serta daya saing yang tinggi disamping mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.
Langganan:
Postingan (Atom)